Penglibatan dalam politik Hussein Che Dol

Haji Hussein ialah Yang Dipertua Kesatuan Melayu Kedah yang pertama. Beliau juga merupakan antara ulama yang menjadi pengasas Pertubuhan Islam Se-Tanah Melayu (PAS) dan menjadi salah seorang daripada Naib Yang Dipertua PAS yang pertama pada 1951-1953.

Walau bagaimanapun, beliau memilih untuk kekal menjadi anggota UMNO pada 1954 selepas PAS menetapkan disiplin partinya untuk memansuhkan keanggotaan pelbagai pertubuhan. Akibatnya, ada kalangan ulama yang kekal dalam UMNO, termasuk Haji Hussein.

Namun demikian, Haji Hussein menyertai semula PAS pada 1957 selepas berlangsungnya Kongres Kebangsaan Melayu Kedua di Kuala Lumpur pada 4-7 Mei 1957, disebabkan ketidakpuashatian terhadap proses kemerdekaan yang dianggap merugikan kedudukan orang Melayu dan agama Islam[1].